Laman web saya ini adalah memuatkan tentang subjek-subjek yang saya ajar di sekolah iaitu Bahasa Melayu untuk tingkatan 1 dan 2 serta Pendidikan Moral untuk tingkatan 4 dan 5. Tujuannya untuk membantu para pelajar yang terlibat untuk mendapatkan maklumat dan membuat rujukan tentang subjek berkenaan. Saya berharap lawan web yang saya wujudkan ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek-subjek yang saya ajar. Segala yang baik itu datangnya dari Tuhan dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.  Wassalam.

 

7  LANGKAH  MENCAPAI  MATLAMAT HIDUP
 

1. Kenalpasti Semua Keperluan & Keinginan Sejelas-jelasnya.

Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda sepuas-puasnya.  Tuliskan seberapa banyak keperluan serta keinginan atau cita-cita anda.  Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul.  Teruskan.  Perasaan inilah yang akan membuakkan semangat anda untuk terus ke hadapan bagi mencapai kejayaan.  InsyaAllah.
 

2. Tuliskan Matlamat-matlamat Anda

TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas.  Ini amat penting kerana jika tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja.  salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda.  Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda.  Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.  Apabila ini terjadi maka ia akan mula sebati dengan matlamat anda.  Hasilnya anda tidak lagi merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat anda itu.  Dalam keadaan demikian, sudah pasti anda ingin mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segera dan sebaik mungkin.
 

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda akan Mencapai Matlamat/Cita-cita Anda

Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan.  Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.
 

4. Buat Perancangan

RANCANGKAN tindakan-tindakan anda.  Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya.  Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya anda harus akan mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai.  Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa dan sentiasa optimumkannya.
 

5. Gambarkan Kejayaan pada Minda Anda

Letakkan suatu Studio FIlem di minda anda!  Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya.  Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda.  Mainkan gambaran itu berulang-ulang dan berkali-kali di fikiran anda.  Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.  Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: "Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya.  Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".
 

6. Tangani Halangan

  • Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
  • Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu
     

7. Baki 90% adalah Usaha dan Keazaman Anda

Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence).  Tekadkan semangat.  Tumpukan kepada kejayaan.  Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan.  Bulatkan hati dan fikiran.  Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.  Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif.

 

KATA_KATA  MUTIARA

  • Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya.
  • Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
  • Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
  • Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah ia.
  • Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
  • Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan, tidak akan mengenal kemanisan.
  • Tidak pernah wujud orang malas.  Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
  • Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup, yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
  • Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  • Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  • Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
  • Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
  • Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
  • Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu.  Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan.
  • Ketabahan memerlukan keyakinan.  Keyakinan pula menentukan kejayaan.  Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan.
  • Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  • Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
  • Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan

Komen

No comments found.

New comment

Kisah Hidupku

Saya dilahirkan dan dibesarkan di Sandakan.  Mendapat pendidikan awal di S.R.K Sungai Anib, Sandakan pada tahun 1981-1986.  Meneruskan pendidikan di S.M.K Sandakan sehingga tingkatan 6 Atas pada tahun 1993.  Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam bidang pengkhususan Perancangan Bandar Sesi 94/98.  Selepas graduation terus menceburi bidang perniagaan iaitu membuka cybercafe yang pertama di bandar Sandakan pada akhir tahun 1998 bersama tiga rakan sekuliah.  Alhamdulillah sehingga hari ini perniagaan tersebut terus bertahan  walaupun hanya tinggal saya sahaja yang mengendalikannya malahan telah membuka sebuah lagi cawangan untuk kursus kemahiran komputer.  Telah berkahwin dan mempunyai 3 anak iaitu 2 hero dan 1 heroin.  Meneruskan cabaran hidup dengan mengajar di Sekolah Menengah Yu Yuan pada awal tahun 2009 untuk subjek Bahasa Melayu(Junior) dan Pendidikan Moral(Senior) sehingga ke hari ini.

News

9 Tips Hidup Bahagia

12/12/2011 03:11

1.  Jangan  Takut dan Bimbang

    Perasaan takut dan khuatir merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif.  Sebenarnya sebahagian besar hal-hal yang dikhuatirkan atau ditakutkan tidak pernah pun terjadi.  Jadi untuk apa kita berasa takut dan bimbang?

2.  Jangan Menyimpan Dendam

    Dendam adalah suatu perkara yang paling serius dan akan menjadi beban jika kita menyimpannya di dalam hati.  Sanggupkah anda membawa beban itu sepanjang hidup?  Saya rasa tidak.  Oleh itu jangan sia-siakan tenaga kita dengan menyimpan dendam itu kerana ia adalah suatu perbuatan yang sia-sia.  Lebih baik tenaga itu kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

3.  Fokus Pada Satu Masalah

    Jika kita menghadapi beberapa masalah, selesaikan masalah itu satu persatu.  Jangan cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah itu secara serentak kerana itu akan membuatkan kita semakin tertekan/stress.

4.  Masalah Jangan Dibawa Tidur

    Masalah adalah suatu perkara yang boleh menjejaskan kesihatan tidur anda.  Fikiran bawah sedar kita adalah suatu perkara yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

5.  Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan

    Membantu orang lain yang menghadapi masalah adalah suatu perkara yang mulia.  Tetapi, jika kita mengambil peranan utama untuk menyelesaikan masalah orang lain, sebenarnya itu adalah suatu kesilapan besar.  Biarkanlah orang tersebut yang memainkan peranan utama dalam menyelesaikan masalahnya sendiri dan kita hanya mengambil peranan kecil sahaja.

6.  Jangan Hidup Berlandaskan Masa Lalu

    Mungkin kita berasa tenang dan bahagia apabila mengenangkan perkara-perkara yang menggembirakan  pada masa lalu tetapi kita jangan terlena dengan kenangan-kenangan itu.  Berilah tumpuan yang penuh terhadap apa yang berlaku pada masa sekarang kerana kita pun boleh merasakan kebahagiaan pada masa ini.  Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika menjayakan apa yang berlaku pada saat ini berbanding dengan mengenangkan kebahagiaan pada masa lalu.

7.  Menjadi Pendengar yang Baik

    Mungkin sebahagian besar manusia termasuk saya, susah untuk menjadi pendengar yang baik/aktif.  Justeru kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan pendapat kita. Tetapi sebenarnya, dengan belajar mendengarkan pendapat atau cerita orang lain, kita akan mendapatkan banyak perkara baru yang dapat membantu kita untuk mencari kebahagiaan hidup kita.

8.  Jangan Biarkan Kegagalan Mengatur dan Merosakkan Hidup Anda

    Kasihanilah diri kita sendiri lebih daripada segala-galanya, iaitu janganlah kita mengalah kepada kegagalan. Bersikap terus maju.  Ambillah tindakan-tindakan yang positif  dan lakukannya dengan konsisten.

9.  Bersyukurlah Selalu

    Bersyukur dan sentiasalah berterima kasih atas segala yang telah kita peroleh, bukan hanya terhadap perkara-perkara yang mengembirakan tetapi juga perkara-perkara yang mendukacitakan, kerana kita harus percaya bahawa di sebalik setiap perkara yang mendukacitakan itu pasti ada sesuatu yang boleh kita jadikan pengajaran.