Events Calendar

Perayaan Ulangtahun Yu Yuan 50 Tahun

24/08/2012 08:00
Sambutan perayaan sempena 50 tahun Sekolah Menengah Yu Yuan Sandakan akan diadakan pada 24 - 26 Ogos 2012 iaitu berlangsung selama 3 hari.  Sepanjang sambutan perayaan ini, pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan di kawasan sekolah.  Antara aktivitinya seperti jualan bazaar....

Cuti Akhir Semester Pertama 2012

26/05/2012 07:10
Selepas Peperiksaan Akhir Semester Pertama 2012, Sekolah Menengah Yu Yuan Sandakan akan bercuti selama 2 minggu iaitu bermula pada 26 Mei hingga 06 Jun 2012.  Sesi persekolahan akan bermula semula pada 11 Jun 2012. 

Peperiksaan Akhir Semester Pertama

17/05/2012 07:20
Peperiksaan Akhir bagi semester pertama 2012 Sekolah Menengah Yu Yuan Sandakan akan diadakan pada 17 - 25 Mei 2012.

Sukan Tahunan Sekolah

03/04/2012 07:30
Hari Sukan Sekolah Menengah Yu Yuan Sandakan akan berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 03 - 05 April 2012 di Padang Kompleks Sukan Sibuga Sandakan.

Cuti Pertengahan Semester Pertama 2012

10/03/2012 07:10
Selepas Peperiksaan Pertengahan Semester Pertama 2012, Sekolah Menengah Yu Yuan Sandakan akan bercuti selama seminggu bermula 10 - 18 Mac 2012.  Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 19 Mac 2012.

Peperiksaan Pertengahan Semester Pertama 2012

02/03/2012 07:20
Peperiksaan Pertengahan Semester Pertama 2012 bagi Sekolah Menengah Yu Yuan Sandakan akan bermula pada 02 - 09 Mac 2012 yang berlangsung selama seminggu. 

Cuti Chap Goh Mei

06/02/2012 07:10
Sempena sambutan perayaan Chap Goh Mei pada 06 Februari 2012, Sekolah Menengah Yu Yuan Sandakan juga akan bercuti selama sehari untuk memberi peluang kepada masyarakat Yu Yuan yang berbangsa Cina untuk menyambut perayaan tersebut.

Cuti Sekolah Sempena Tahun Baharu Cina 2012

21/01/2012 07:10
Sekolah Menengah Yu Yuan Sanadakan akan bercuti selama seminggu sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2012 bermula 21 - 29 Januari 2012.  Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 30 Januari 2012.

Aktiviti Kokurikulum Sekolah

06/01/2012 15:30
Aktiviti kokurikulum sekolah untuk sesi 2012 akan bermula pada 06 dan 07 Januari 2012.  Pada 06 Januari 2012 dikhususkan untuk kelab dan permainan selama 2 jam bermula 3.30 - 5.30 petang.  Manakala pada 07 Januari 2012 dikhususkan untuk persatuan dan kelab selama 11/2 jam dan 2 jam...

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2012

02/01/2012 07:10
Sesi persekolahan 2012 bagi Sekolah Menengah Yu Yuan Sandakan akan bermula pada 04 Januari 2012 iaitu pada hari Rabu. 
1 | 2 >>