9 Tips Hidup Bahagia

12/12/2011 03:11

1.  Jangan  Takut dan Bimbang

    Perasaan takut dan khuatir merupakan fikiran kita yang paling tidak produktif.  Sebenarnya sebahagian besar hal-hal yang dikhuatirkan atau ditakutkan tidak pernah pun terjadi.  Jadi untuk apa kita berasa takut dan bimbang?

2.  Jangan Menyimpan Dendam

    Dendam adalah suatu perkara yang paling serius dan akan menjadi beban jika kita menyimpannya di dalam hati.  Sanggupkah anda membawa beban itu sepanjang hidup?  Saya rasa tidak.  Oleh itu jangan sia-siakan tenaga kita dengan menyimpan dendam itu kerana ia adalah suatu perbuatan yang sia-sia.  Lebih baik tenaga itu kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

3.  Fokus Pada Satu Masalah

    Jika kita menghadapi beberapa masalah, selesaikan masalah itu satu persatu.  Jangan cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah itu secara serentak kerana itu akan membuatkan kita semakin tertekan/stress.

4.  Masalah Jangan Dibawa Tidur

    Masalah adalah suatu perkara yang boleh menjejaskan kesihatan tidur anda.  Fikiran bawah sedar kita adalah suatu perkara yang luar biasa yang dapat membuat kita gelisah dan tidur kita menjadi tidak nyenyak.

5.  Jangan Mengambil Masalah Orang Lain Untuk Anda Selesaikan

    Membantu orang lain yang menghadapi masalah adalah suatu perkara yang mulia.  Tetapi, jika kita mengambil peranan utama untuk menyelesaikan masalah orang lain, sebenarnya itu adalah suatu kesilapan besar.  Biarkanlah orang tersebut yang memainkan peranan utama dalam menyelesaikan masalahnya sendiri dan kita hanya mengambil peranan kecil sahaja.

6.  Jangan Hidup Berlandaskan Masa Lalu

    Mungkin kita berasa tenang dan bahagia apabila mengenangkan perkara-perkara yang menggembirakan  pada masa lalu tetapi kita jangan terlena dengan kenangan-kenangan itu.  Berilah tumpuan yang penuh terhadap apa yang berlaku pada masa sekarang kerana kita pun boleh merasakan kebahagiaan pada masa ini.  Saya yakin kita akan mempunyai perasaan yang jauh lebih berbahagia jika menjayakan apa yang berlaku pada saat ini berbanding dengan mengenangkan kebahagiaan pada masa lalu.

7.  Menjadi Pendengar yang Baik

    Mungkin sebahagian besar manusia termasuk saya, susah untuk menjadi pendengar yang baik/aktif.  Justeru kita mengharapkan orang lain yang mendengarkan pendapat kita. Tetapi sebenarnya, dengan belajar mendengarkan pendapat atau cerita orang lain, kita akan mendapatkan banyak perkara baru yang dapat membantu kita untuk mencari kebahagiaan hidup kita.

8.  Jangan Biarkan Kegagalan Mengatur dan Merosakkan Hidup Anda

    Kasihanilah diri kita sendiri lebih daripada segala-galanya, iaitu janganlah kita mengalah kepada kegagalan. Bersikap terus maju.  Ambillah tindakan-tindakan yang positif  dan lakukannya dengan konsisten.

9.  Bersyukurlah Selalu

    Bersyukur dan sentiasalah berterima kasih atas segala yang telah kita peroleh, bukan hanya terhadap perkara-perkara yang mengembirakan tetapi juga perkara-perkara yang mendukacitakan, kerana kita harus percaya bahawa di sebalik setiap perkara yang mendukacitakan itu pasti ada sesuatu yang boleh kita jadikan pengajaran.